Tbe2 teringat kisah ni,
Masa zaman dulu (nabi apa sy lupa)..
Then telah berlaku kemarau yg sgt panjang. Kering kontang dan sgt panas.
So, nabi tu pon ajak semua umat masa tu utk berhimpun di tgh padang dan berdoa.
*Dlm keadaan yg panas dan kering.
Setelah sembahyang dan berdoa, maka Allah menurunkan wahyu bahawa terdapat seorang daripada mereka yg berhimpun itu terdapat seorang lelaki yg telah berbuat dosa selama 40tahun.
Maka kerana dosa lelaki itu Allah tdk menurunkan hujan.
Lantas, nabi berkenaan memberitahu kpd semua yg hadir. Nabi itu meminta lelaki itu bertaubat.
Mendengarkan ucapan nabi tersebut membuatkan lelaki itu berasa sgt takut dan bertaubat di dlm hatinya.
Setelah itu turunlah hujan. Kemudian nabi tersebut berdoa spy Allah menunjukkan org berkenaan.
Lantas Allah berfirman, 'Kami menutup aibnya ketika dia berbuat dosa. Takkan Kami akan membukanya ketika dia telah bertaubat'.
Maka selamatlah lelaki tersebut. Besarnya kasih Allah 70 kali ganda berbanding kasih ibu.
Subhanallah !
Jom bertaubat dan memohon ampun hr ini :)
No comments:
Post a Comment