Thursday, August 25, 2011

Peringkat2 Nafsu

Entry ni adalah copy paste semata2..tp infonya sgt menarik.. selamat membaca..agak panjang sedikit yer :)

Nafsu ade 7 peringkat kesemuanya...hurmmm...

Nafsu Ammarah

Nafsu yang mesti dikalahkan ialah nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang sangat jahat. Nafsu inilah yang mendorong manusia kepada kejahatan. Jika boleh berbuat maksiat, baru terasa puas. Bahkan berlumba-lumba, siapa yang paling banyak buat maksiat.

Allah SWT perkenalkan sifat nafsu ammarah itu kepada kita:

إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

Orang yang berada di peringkat nafsu Ammarah tak peduli dengan Akhirat. Mudah kecewa dan tidak tahan bila diuji. Allah panjangkan umur mereka, agar puas dengan maksiat, bila mati akan lemparkan oleh Allah ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu Ammarah adalah nafsu ahli Neraka. Ada juga yang mencuba berpura-pura baik, agar mudah dengan kejahatan dan mencari keuntungan diri.

Dalam ayat 53 Surah Yusuf, ia berkaitan dengan peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha, isteri perdana menteri Mesir. Pengajaran kisah itu, barangsiapa yang memiliki nafsu ammarah, dia tidak dapat tahan lagi untuk menjaga kehormatan dirinya, walaupun dia orang terkenal, akan jatuh ke lembah kehinaanlah orang yang menurutkan nafsu ammarah.

Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjerumus ke dalam maksiat. Mengapa kita lihat orang yang tidak disangka-sangka tiba-tiba minum arak, punya simpanan perempuan, membunuh, rasuah dan sebagainya. Ini adalah akibat menuruti nafsu ammarah yang ada dalam diri.


Nafsu Lawwamah

Apabila nafsu Ammarah itu dapat dikalahkan, ia akan berubah kepada satu tahap yang bernama Lawwamah. Orang yang di peringkat ini sudah ada bunga kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. Rasa berat untuk keluar dari kejahatan. Ini peringkat orang yang baru dapat hidayah, baru insaf. Nafsu ammarah telah dapat diatasi.

Ketika ini timbul perebutan antara nafsu dan akal. Nafsu mengajak kepada kejahatan, akal mengajak kepada kebaikan. Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik. Ia seperti daun lalang, ikut ke mana arah angin bertiup. Tidak ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat, dia boleh melakukan kejahatan lagi sesudah ia berbuat baik. Kadang-kadang ke tempat ibadah, kadang-kadang ke tempat maksiat, hatinya selalu merintih kepada Allah bila tidak dapat melawan nafsu untuk membuat maksiat. Atau tidak dapat istiqomah dalam berbuat kebaikan.

Nafsu Lawwamah inilah yang perlu dididik atau ditarbiyah. Peringkat ini perlu teruskan mujahadah, lawan nafsu. Tolak kehendak-kehendak yang jahat, yang disukai nafsu walaupun jiwa rasa menderita. Memanglah sakit, maklumlah melawan nafsu sama seperti melawan diri sendiri.

Nafsu Lawwamah ini diatasi dengan menambah ilmu, khususnya ilmu fardhu ain. Dengan ilmu itu dapat menyuluh mana halal, mana yang haram, mana yang berpahala, mana yang berdosa. Mana jalan ke Syurga, mana jalan ke neraka.

Bila sudah ada ilmu, sudah mula beramal sedikit-sedikit, nafsu mula terdidik, jadi baik sedikit dari sebelumnya. Nafsu yang agak baik ini dinamakan nafsu Mulhamah.


Nafsu Mulhamah

Dalam Al Quran, Allah ceritakan hal nafsu Mulhamah,

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketaqwaan" (Asy-Syams : 8)

Di peringkat ini rupanya baru nampak jalan untuk menuju Allah. Allah tunjukkan jalan. Ini cara Allah hendak jadikan seseorang itu baik.

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam." (Al-An'aam 6:125)

Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga. Kerana itu perlu belajar tentang syurga dan neraka, ia dapat membantu orang yang bernafsu Mulhamah ini bermujahadah.

Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah, sifat keji. Dia sudah dapat mengenali penyakit yang ada dalam dirinya. Dia tahu dirinya ada sombong, ada riyak, ada pemarah, ada dendam, ada hasad dengki. cuma tidak mampu lawan. Belum cukup kekutan. Dalam pada itu dia mencuba beribadah dengan sabar.

Bagaimana rasa sabar itu? Sabar itu menahan rasa tidak setuju dalam hati, melahirkan rasa setuju. Contoh, nafsu tidak suka bangun awal untuk solat subuh, tetapi cuba juga bangun, walaupun jiwa rasa menderita, tapi bangun juga untuk solat subuh. Zahirkan rasa setuju bangun solat subuh walau nafsu tak suka. Peringkat orang yang bernafsu mulhamah, bila kena puji pasti dah rasa puas dan seronok, maknanya belum lagi ikhlas. Kalau beribadah, belum boleh khusyuk lagi. Oleh itu, jika mahu beribadah dengan khusyuk, tidak boleh tidak perlulah diatasi nafsu lawwamah ini.

Bagaimana hendak melawan penyakit hati yang ada dalam orang yang berada di peringkat nafsu mulhamah ini? Oleh kerana ia didorong oleh nafsu dan syaitan, kenalah amalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu, sebab syaitan dan nafsu hanya takut pada tuannya saja iaitu Allah SWT. Bila kita sentiasa berwirid dan berzikir, baru dapat merasai Allah sentiasa melihat kita. Boleh juga banyakkan membaca Al Quran.

Bila penyakit-penyakit hati, segala sifat mazmumah yang terkeji itu sudah tiada lagi, barulah Allah datangkan satu rasa kemanisan dalam hatinya dalam beribadah juga berbuat baik, dan akan timbul rasa benci dengan kejahatan. Itu petanda dia telah meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik lagi iaitu nafsu Muthmainnah, atau nafsu yang tenang.


Nafsu Muthmainnah

Orang yang memiliki nafsu muthmainnah, Allah ceritakan sifatnya dalam Al Qur'an:

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ , ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ , فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى , وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى

"Wahai jiwa yang tenang (muthmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (kepada Allah) dan diredhai (oleh Allah), maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." [Al Fajr : 27-30]

Hamba Allah yang sebenarnya ialah mereka yang telah sampai kepada nafsu Muthmainnah. Allah iktiraf mereka sebagai hambaNya. Sebelum itupun hamba juga. Cuma hamba yang menyembah Allah kerana dipaksa, bukan atas dasar keredhaan. Hamba Allah yang sebenar, mereka redha dengan Allah, dan Allah juga redha kepada mereka, kerana itulah mereka ini dijemput Allah untuk masuk ke syurga. Nafsu Muthmainnah inilah nafsu ahli syurga.

Mari kita kenali, bagaimana sifat orang-orang yang mencapai nafsu Muthmainnah ini? Iaitu bila dia buat amal kebajikan rasa sejuk hatinya, tenang dan puas. Selalu rasa rindu nak buat kebajikan, mereka senantiasa menunggu waktu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itu mereka sanggup bangun awal di tengah malam, ternanti-nanti waktu Subuh. Ternanti-nanti saat pertemuan dengan Allah. Sementara menanti itu mereka isi waktu itu dengan zikir dan solat sunat dengan rela, sungguh rela, bukan terpaksa.

Hati mereka senantiasa rindu dengan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kaitannya dengan neraka, dia rasa takut, cemas, hingga ada yang pengsan, kadang-kadang ada yang mati. Mereka takut dengan dosa, seolah-olah gunung akan menimpa kepalanya. Bila berkorban di jalan Allah berhabis-habisan, baru rasa puas hatinya. Senantiasa rasa cemas dengan maksiat dan cuba cegah habis-habisan.

Mereka yang mencapai Muthmainnah ini, ia akan bersabar dengan ujian dari Allah kepada dirinya. Doanya mustajab, Allah cepat kabulkan, rezekinya terjamin, dijamin oleh Allah. Bila selalu diuji dia sabar, akhirnya ia sudah boleh redha dengan ujian. Hasil dari kesabaran dan keredhaan dalam hatinya, maka ia akan meningkat kepada nafsu yang kelima iaitu nafsu Rodhiah.

Kalau boleh sampai ke tahap Muthmainnah inipun sudah cukup, sudah dikira dalam golongan bertaqwa. Sudah Allah sahkan sebagai hambaNya yang dijemput ke syurga, apatah lagi jika dapat mencapai tahap nafsu yang lebih baik, iaitu nafsu Rodhiah.

Setakat ilmunya bolehlah cerita, untuk mencapainya kenalah minta tolong dengan Allah saja, moga disampaikan ketahap itu. Kerana ini peringkat nafsu yang dimiliki para wali-wali Allah, orang yang sangat hampir dengan Allah.


Nafsu Rodhiah

Pernahkah dengar, ada orang yang kematian anak , mengucap syukur kepada Allah, berkata Alhamdulillah. Pernahkah kita dengar ada orang yang tidak terpilih ke medan perang, menangis dan bersedih?

Biasanya jika orang kematian anak, pastilah menangis. Begitu juga kalau tidak terpilih ke medan perang, patutnya gembira, kerana masih boleh tinggal bersenang lenang dengan keluarga.

Tetapi, itulah sifat orang yang telah mencapai tahap nafsu Rodhiah. Mereka redha terhadap apa yang Tuhan redha, terhadap apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Pernah terjadi dalam sejarah, seorang ibu bila orang membawa berita tentang anaknya yang gugur di medan jihad, dia rasa gembira, kerana Allah telah pilih anak-anaknya menjadi ahli syurga. Anak yang syahid itu boleh memberi syafaat kepadanya di akhirat nanti. Begitu jauh pandangan mereka tentang akhirat, kerana itu mereka boleh redha dengan ketentuan Allah SWT.

Di segi amalan, walau sekecil-kecil tentang larangan, ia akan tinggalkan sungguh-sungguh, bagi dia apa yang makruh, dia anggap macam haram, yang sunat dia anggap macam wajib. Kalau tidak buat yang sunat seolah-olah rasa berdosa.

Mereka, dalam beribadah kepada Allah, khususnya Al Quran, bukan sekadar sedap membaca, bahkan sedap beramal. Sudah terasa lazat dalam beribadah. Akhlak mereka terpuji di sisi Allah.

Mereka mampu memberi maaf ketika berkuasa. Satu peristiwa, sahabat Rasulullah yang memiliki hamba, suatu hari hambanya membawa dulang yang berisi daging kambing, tiba-tiba pisau yang terletak di atas dulang terjatuh di kepala anaknya yang sedang merangkak dan terus mati. Dalam keadaan demikian hamba tadi merasa takut, maka kata sahabat tadi, "Bertenanglah kamu, anak itu Allah punya, Allah ambil balik, maka pada hari ini aku memerdekakan kamu"

Tiada siapa yang boleh berbuat demikian kecuali mereka yang memiliki nafsu Rodhiah. Mereka akan rasa menderita bila sahabat terjerumus kepada dosa. Mereka akan doakan khusus untuk sahabatnya di malam hari agar terselamat dari maksiat.

Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, di antaranya firasat yang Allah berikan, mereka mudah kenal dengan orang yang berbuat maksiat atau tidak. Mereka mudah untuk memimpin masyarakat, sebab dia kenal sifat-sifat hati. Orang yang dia didik nasihat-nasihatnya tepat. Mereka ini, jika dihalau dari masyarakat oleh pemerintah, tunggulah bala Allah akan turun. Banyak lahir karamah-karamah dari mereka, mulutnya masin apa yang disebut insya Allah akan terjadi.

Memang amat payah kita mencapai tahap mereka itu, tetapi kita tetap disuruh berusaha ke arah itu, kerana itulah hakikat ajaran Islam yang sebenar. Mintalah kepada Allah.


Nafsu Mardhiah

Jika nafsu Mardhiah, sudah tentu lebih hebat lagi. Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Allah. Allah redha dengan apa saja yang mereka buat. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Allah, mendengar dengan pendengaran Allah, berkata-kata dengan kata-kata Allah.” Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Allah lakukan.


Nafsu Kamilah

Yang akhir sekali, tak boleh nak cerita banyak-banyak, sebab belum tercapai lagi tahap ini, nafsu Kamilah. nafsu yang paling sempurna di sisi Allah. Amat dikasihi oleh Allah. Manusia biasa tidak mampu sampai ke maqam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya sekadar peringkat keenam saja iaitu mardhiah. Ini sudah bertaraf wali besar.

Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham bagaimana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia yang benar-benar hamba Allah.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Yang banyak diceritakan suruh kawal nafsu. Di bulan Ramadhan disuruh kawal nafsu makan agar jangan berlebihan, atau kawal nafsu seks di siang hari, takut terlajak. Itu sahaja yang dicerita dalam tazkirah-tazkirah Ramadhan. Jarang kita dengar alim ulama cerita, nafsulah yang membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa nafsu sahaja yang saya ceritakan? Bagaimana Syaitan? Kedua-duanya, nafsu dan syaitan Allah tetapkan sebagai jahat dan musuh, tetapi dalam nisbah 1:3. 1 untuk syaitan, 3 untuk nafsu. Maknanya kejahatan nafsu 3 kali lebih dari syaitan. Sebab itu di bulan Ramadhan yang syaitan dibelenggu, tetap banyak kes-kes maksiat dan jenayah.

Nafsu adalah musuh dalam diri. Bahkan ia sebahagian daripada diri manusia. Ia adalahjismul latif (jisim yang tidak dapat dilihat). Ia sebahagian daripada badan tetapi ia perlu dibuang. Jika tidak dibuang ia musuh, hendak dibuang ia sebahagian daripada diri. Oleh kerana itu sangat sulit untuk melawan hawa nafsu. Nafsu adalah jalan atau highway bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah ﷺ yang maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitkan jalan syaitan melalui lapar dan dahaga"

Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara mengurangi makan atau berpuasa. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Syaitan dapat lorong (peluang) yang amat luas untuk merosak manusia jika nafsu tidak terdidik.

Menghalau atau mengalahkan syaitan tidak dapat ditiup atau dijampi-jampi. Tetapi didiklah hawa nafsu, nescaya syaitan akan sukar untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus.

Yang boleh dijampi dengan ayat-ayat Quran ini ialah bila syaitan merosak jasad lahir manusia. Jika ini terjadi, syaitan boleh dilawan dengan ayat Kursi, surah An Naas atau lain-lain. Memang ada nas yang menyatakan demikian.

Tetapi jika syaitan merosak hati, jampi-jampi itu tidak dapat digunakan lagi tetapi hendaknya didiklah hawa nafsu. Sedangkan bila hati rosak, rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu, pada syaitan tidak usah ambil pusing sangat tetapi didiklah nafsu, bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka mudahlah jalan syaitan mempengaruhi kita. Oleh kerana itu perangilah nafsu nescaya secara otomatik akan terhindarlah dari syaitan.

محمد فضلي بن يوسف

21 Ramadhan 1432H

21 Ogos 2011

Silakan share


http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150350168141719


Kitalah Zaman Yang Dimaksudkan

Kitalah Zaman Yang Dimaksudkan


Tuesday, August 23, 2011

Kasih Syg Allah :)

Assalamualaikum wbt,

Ni sy nak share satu kisah ringkas..

Mengenai luasnya kasih syg Allah terhadap makhlukNya :)

Subhanallah.

Kisahnya...

Pada suatu hari, ada satu rombongan (diketuai oleh seorang khalifah) dlm perjalanan menuju ke suatu tempat..

Spt biasa, apabila penat mereka akan berhenti di suatu kawasan. Dan mereka mula memanaskan batu bata untuk memasak.

Mereka memanaskan dua biji batu bata.. Tetapi yg peliknya, hanya satu batu yg panas.

Satu batu lg tu walaupon dah lama dipanaskan masih tetap sama.

Kemudian, sahabat pon memberitahu khalifah perkara tersebut. Lantas khalifah menyuruh dibawakan batu itu kepadanya.

Kemudian khalifah itu menyuruh mereka memecahkan batu itu sehingga terbelah dua. Apabila telah terbelah maka kelihatanlah seekor ulat sedang makan di dalam batu itu.

Subhanallahil Azim!!!

Begitu luas kasih syg Allah sehingga batu itu tdk menjadi panas bagi melindungi ulat tersebut drpd terbakar.



Moral of the story :-

Mohonlah ampun kpd Allah yg Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Semoga kita mendapat rahmat syurgaNya. Amin ya rabbal alamin :)

Monday, August 22, 2011

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt,

Malam 10 terakhir Ramadhan amatlah dinantikan kerana di dalamnya terkandung Malam Al-Qadr atau Lailatul Qadar. Iaitu, barangsiapa yg beramal pada malam tersebut, pahala amalannya adalah sama spt dia beramal selama 1000 bulan (83 tahun lebih)..

Lailatul Qadar juga dikatakan akan terjadi pada malam2 ganjil (21,23,25, atau 27 Ramadhan)..namun selebihnya hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Antara amalan yg disyorkan untuk diamalkan pada malam2 terakhir Ramadhan adalah :-

1) Jgn meninggalkan Solat Tarawikh

>>>krn sesungguhnya solat tarawikh itu menggugurkan dosa.

2) Solat isya' dan subuh berjemaah

>>>nabi ada bersabda, sekiranya sesiapa yg bersembahyang isya' dan subuh berjemaah seolah2 dia bgn qiamullail sepanjang malam. Sekiranya dia hny bersembahyang isya' / subuh (salah satu) secara berjemaah, maka seolah2 dia bgn qiamullail separuh malam.

3)Bykkan berzikir (subhanallah,alhamdulillah,la ila ha illallah,allahuakbar)

4)Bykkan berselawat ke atas nabi

>>>Sesunguhnya, barangsiapa yg berselawat sekali ke atas nabi, maka Allah akan berselawat sepuluh kali ke atasnya.

5) Amalkan dua kalimah ini
:- Subhanallahi wa bihamdih(Maha Suci Allah segala puji bagiNya)
:- Subhanallahil Azim(Maha Suci Allah yg Maha Agung)

>>>ringan di lidah, tp berat di neraca timbangan dan disukai oleh Ar-Rahman (Maha Mengasihani)

6) Membaca Surah Al-Ikhlas (3kali sebelum tidur)
>>>Nabi bersabda kpd para sahabat, 'jgnlah kamu tdur selagi belum khatam al-quran', maka sahabat menjawab, 'bagaimana kami mampu ya Rasulullah'. Kemudian baginda bersabda lg, 'bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3kali sebelum kamu tdur, nescaya pahala amalannya sama spt kamu khatam Al-Quran'.


>>>Barangsiapa yg membacanya, maka Allah akan ampunkan dosanya sebanyak buih di lautan.

8) Bersedekah

>>>Sekiranya tdk mampu, maka ucapkanlah perkataan yg baik2, sesungguhnya ia adalah sedekah. Juga senyumlah, krn ia juga adalah sedekah.



Info ini sy dpt dr ceramah yg didengar, sekiranya tdk detail dan mempunyai kesilapan, mohon ditegur.

Harap kita sama2 mengejar pahala yg Allah janjikan. Kerana, kita belum pasti untuk menemui Ramadhan yg akan dtg.

Akhir kata, sabda Nabi SAW, "sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat".

Semoga kita beroleh kebaikan. Amin. Sekian.

Sunday, August 21, 2011

Kalau Syg IbuBapa Kita...

Assalamualaikum wbt,

Sy nak share seperkara yg sy pernah fikir...

dan kemudian pernah juga diutarakan oleh seorang sahabat mengenainya..

iaitu, kalau kita syg akan kedua ibu bapa kita.. apakah yg terbaik yg mampu kita lakukan setelah mereka dijemput Allah kelak...selain mendoakan mereka..

Kita perlu MENJAGA DIRI KITA sebaiknya !!!
Kerana mereka akan DISOAL atas PERBUATAN yg KITA lakukan !!!
Kerana kita adalah TANGGUNGJAWAB mereka !

JUSTERU,

Marilah kita cuba sedaya upaya memperbaiki diri kerana pasti kita tdk mahu org yg kita syg disakiti bukan.

Walau tdk mudah untuk berubah, namun ketahuilah bahawa Allah tdk melihat sebaik mana ibadah kamu (hasil)..namun Allah memandang sebanyak mana usaha kamu ke arah itu.

Nilai ManuSia

Assalamualaikum wbt,

"Sesungguhnya Allah menilai manusia itu dgn melihat pada akhirnya"

>>sy lupa sama ada ini hadis atau firman Allah..tp terjemahannya lebih kurang begini lah.

(Ustaz penceramah,2011)

Penerangan,

Allah akan menila umur seorang hambanya itu dgn melihat amalan yg dikerjakannya pada penghujung umurnya.

Maksudnya, jika semasa muda dia kuat beramal namun ketika matinya dia tdk beramal maka dia akan dihitung sbg seorang yg tdk beramal.

Namun kita tdk tahu ajal kita, oleh itu..marilah mula menyiapkan bekal agar kita tdk tergolong dlm kalangan org2 yg rugi. Amin.

Tuesday, August 16, 2011

Malam PengamPunaN :)

i dun remember everything,but i do remember sumthing dat i think is interesting..

Assalamualaikum wbt,

Sy nak share sumthing, yg fresh..baru dpt mlm semalam..

Ustaz penceramah yg memberi kuliah memberi tahu.. >>sy lupa nama ustaz itu, so xdpt di quote disini :)

Kata beliau, 10 malam kedua Ramadhan adalah malam pengampunan.

Oleh itu, marilah sama2 kita memohon ampun kepada Allah SWT ke atas dosa2 yg kita lakukan.

Beliau juga ada memberitahu mengenai doa yang Rasulullah SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah RA.

Doa tersebut berbunyi :-


اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee

O Allah! You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.

Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka akan pengampunan, maka ampunilah aku.



Ustaz tu kata lg,

Jibril AS telah berdoa bahawa 'Sesungguhnya dilaknatlah manusia itu sekiranya dia berpuasa tetapi tdk mendapat keampunan dr Allah SWT' dan doa Jibril ini telah di aminkan oleh Rasulullah SAW.

Maka ini dikatakan sebagai doa yg paling makbul kerana telah didoa oleh penghulu malaikat dan diaminkan oleh penghulu manusia.

Oleh itu, kesimpulannya, Allah telah membuka ruang pengampunan seluas2nya di bulan Ramadhan yg mulia ini. Sbb itu, dikatakan dilaknat sekiranya tdk mendapat pengampunan adalah pd pendapat sy org yg berpuasa namun tdk memohon pengampunan dr Allah. Iaitu, tdk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan Ramadhan Al-Mubarak.

Justeru itu, sesiapa yg membaca post ini, mari kita sebarkan. Agar semua kita beroleh pengampunan drpd Allah SWT.

Amin Ya Rabbal Alamin :)

Saturday, August 13, 2011

Fadhilat Mengamalkan Surah Al-Mulk 2

i dun remember everything,but i do remember sumthing dat i think is interesting..

Assalamualaikum wbt,

Dah lama sy nak share mende ne..cuma selalu terlupa nk update psl ne..

Mengenai fadhilat mengamalkan surah Al-Mulk..

Kisah ni sy dpt dr sorg mbe sy..dia baca dr ringkasan kelebihan mengamalkan surah Al-Mulk dlm buku Surah2 Amalan..

Kata beliau.. (sy hanya dpt memetik kata2 beliau yg masih melekat di ingatan sy krn sy tdk membaca sndr buku tersebut)

Sekiranya kita sering mengamalkan Al-Mulk, maka setelah kita meninggal dan memasuki alam kubur..sebelum kedatangan malaikat Mungkar dan Nakir, maka Al-Mulk yg kita amalkan akan datang kepada kita dlm keadaan bercahaya2.

Kemudian kita akan bertanya, 'siapakah engkau' dan Al-Mulk akan menjawab..'akulah Al-Mulk yang selalu engkau amalkan'.

Kemudian, Al-Mulk akan berjumpa sndr dgn Allah dan berdoa; 'Ya Allah, jgnlah engkau apa2kan hambamu (kita) ini Ya Allah, kerana sesungguhnya dia sering mengamalkan aku. Maka aku ada di dalam tubuhnya. Membakarnya samalah seperti engkau membakarku. Tetapi, sekiranya engkau masih mahu membakarnya, maka buangkan aku dari kitabMu.'

Oleh kerana Allah sgt sygkan kitabNya, maka Allah mengabulkan doa Al-Mulk itu. Dan terselamatlah kita dr azab kubur.

Dan sebagaimana memetik sabda nabi,

“Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”


Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..