Wednesday, May 11, 2016

Dia Suamiku

Salam sayang.

Diimbau kenangan. 
Ini yang pertama.
Catatanku buatmu.

Terima kasih.
Atas lelahmu menafkahiku.
Atas usahamu sedaya upayamu.
Atas waktumu menemaniku.
Atas sabarmu dgn kerenahku.
Atas nasihatmu mengajarku.
Atas kasihmu terhadap aku.
Atas setiamu disisiku.
Atas hadirmu dlm hidupku.

Maaf.
Atas segala salah silapku.
Atas masa silamku.
Atas kekasaranku.
Atas kesalahanku.
Atas hatiku.
Atas kekuranganku menjagamu.
Atas kelalaianku melayanimu.

Jika aku sudah tiada.
Mohon maafkanku selalu.
Ketahuilah bahawa aku menghargaimu.
Mencintai dan menyayangimu.
Selalu.

Salam sayang.
Dari isterimu.



Friday, March 27, 2015

Batik Songket

Assalamualaikum semua,

Sekarang sy ade jual Batik Songket Bali Prada..

Semua info mengenai jualan dan stock baru akan di update melalui blog ni ye :-

Batik Puteri Collection
http://batikputeri.blogspot.com/

Kalau ade sesiapa yg minat boleh PM sy direct ye. TQ! :)

Btw, batik ni material dia high quality cotton. Cotton keras, tak lembut.

Printed batik with motif songket :) Cantek2 semua. :)

Friday, January 9, 2015

Random Tots

Assalamualaikum,

Pernah x terfikir..kadang2 jam lg mahal dari masa.

Kalau tbe2 kita terasa nak buat baik (eg menderma ke tlg org ke berubah sikap ke arah kebaikan ke..), terus buat.. dan sila bersyukur sbb masa tu Allah bg kita  hidayah sebenarnye. So jgn lepaskan peluan tu masa kita diíngat'kan oleh Allah. Direct sampai kat hati. And kalau risau diri tu x ikhlas masa buat baik tu..buat je jugak..sbb ustazah pesan syaitan ni mmg suka tanam penyakit was2 dlm diri manusia..so kita buat je jugak..yg menilai Allah kelak..xpe je..derma je jugak contohnye.

And lg satu..manusia ni akan bercakap melambangkan diri dia. "Whatever u says shows ur inside"..hehe peribahasa sendiri. So kita boleh tgk cara org berfikir and tgk sesuatu perkara. The more u talk, the more u reveal. Hmm.

And bykkan sebut yg baik and baca quran zikir dan selawat supaya bila kita nazak nt bende2 tu yg akan mengalir dari mulut kita. Insya Allah.

Okeh, jom selawat at least sekali di hari Jumaat ni.

Wassalam.




Thursday, August 7, 2014

Allah rindu pd kita :)

Tahukah anda, kdg2 ujian yg dtg dlm hidup kita adalah kerana Allah rindu dgn kita? Allah rindu nak dgr kita merintih dan meminta pd Dia. Sbb most of the time, manusia akan lupa pd pencipta di saat senang dan mula mencari pencipta di saat susah.

Teringat pesan ayah sy : "Ada org diberi kesempitan hidup dan kesusahan di dunia dan dia masuk syurga kerananya. Dan ade org diberi kesenangan dan limpahan kekayaan di dunia dan dia masuk neraka kerananya".

Prof Muhaya pulak kata "Kesenangan dan kesusahan di dunia bukanlah tanda kasih syg or benci Allah pd hambanya kerana dunia ini tempat ujian. Jadi segalanya adalah ujian dan akhirat kelaklah tempat balasan."



Jadi, kuat dan sabarlah atas segala ujian. Ingat Allah rindu pd kita tu. Jadi, jumpalah Dia dan mintalah ketenagan dariNya. 

Tuesday, January 28, 2014

Doa Penguat Jiwa.






Yakin kepada Allah.
Dia pemberi segala rasa.
Dia penentu segala.
Dia yang sempurna.


Rahsia Jodoh. Positif lah wahai sahabat tersayang.




Monday, January 27, 2014

You know..


Its unknown until u walk inside.
Regret is not a choice.
Life is much more for.
Stop being sad.
Move forward.
Whats have been done cannot be undo.
Accept And Swallow.
Even hard.
No more crying.
Dear self.

Undur Masa. Undur Dunia.


Monday, January 13, 2014

Tuesday, December 24, 2013

Friday, October 25, 2013

Dua Hal.

Dua Hal Yang Mesti di LUPA kan :-

1. Kesalahan Orang Lain pada ku
2. Kebaikan ku pada Orang lain

Dua Hal yang Mesti di INGAT :-

1. Kesalahan ku pada Orang lain
2. Kebaikan Orang lain pada ku.

Mari Bersedekah :)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

Saturday, July 20, 2013

Surah Pelindung. (Tiga Qul)

Riwayat Hadis Imam Muslim :-

Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bahawa ayat2 dalam surah ini (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) tidak ada tolok bandingnya untuk seseorang memohon pertolongan kpd Allah Taala dari segala jenis bahaya.

Riwayat oleh At-Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasa'i :-

Bacalah surah2 : "Qul hua Allahu ahad, Qul a'uzu birammbil falaq dan Qul a'uzu birabbin nas"; tiga kali apabila engkau beada pd waktu pagi dan tiga kali apabila engkau berada di waktu petang, supaya engkau terpelihara dan terselamat dari segala bahaya dan bencana."

Keterangan :

1)Surah ini diturunkan di Mekah, mempnyai 4 ayat.
2)Maksud Al-Ikhlaas = Tauhid yang sebersih-bersihnya
3)Tujuan diturunkan = Menerangkan mengenai keesaan Allah Taala yang tiada bandingan dengan apa pun
4)Hal ini kerana jika manusia benar2 mentauhidkan Allah dgn sebenar2nya, maka dia akan menjadikan hukum2 Allah sebagai peraturan dalam hidupnya. Dan baik buruk amal seseorang adalah bergantung kpd aqidah kepercayaannya.


Keterangan :

1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 5 ayat.
2)Makna Al-Falaq = sekalian makhluk
3)Tujuan diturunkan = mengajar manusia memohon perlindungan dari segala jenis bahaya yang zahir; yg datangnya dari makhluk2 Allah, sama ada yg terdapat pd malam hari yg gelita, atau yg datang dari makhluk berjiwa kotor spt ahli sihir atau dari khianat dan hasad dengki.
4)Dalam surah ini, kita disuruh supaya memohon pertolongan hanya dari Allah pencipta sekalian makhluk. Antara bahaya yg diterangkan dalam surah ini ialah :-

Pertama - Bahaya yang datang dari kejadian gelap, gelap malam menjadi peluang kpd makhluk jahat keluar dan melakukan kejahatan, sedangkan jalan untuk mendapatkan pertolongan adalah terhad di malam hari.

Kedua - Bahaya yang datangnya dari makhluk2 berjiwa kotor, yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan i'tiqad,menghuraikan ikatan muhibbah, meruntuhkan rumahtangga, memecahbelahkan perpaduan kaum dan merosakkan masyarakat; ahli sihir juga tergolong dalam golongan ini.

Ketiga - bahaya yang datangnya dari tipu daya manusia dengan niat untuk enghapuskan sesuatu nikmat Allah yg ada pd seseorang. Orang begini tidak senang dgn berita kesenangan atau kejayaan atau nikmat yg orng lain dapat dan berusaha menghilangkan perkara tersebut dari orang yg mendapat nikmat itu, kerana dalam hati mereka ada perasaan hasad dan dengki yg tdk senang dgn kelebihan org lain.
       Dengki dan hasad adalah penyakit bagi hati. Dan penyakit ini akan menyebabkan byk perbuatan derhaka. Penyakit inilah yg menyebabkan iblis menjadi kafir (dengki dengan Nabi Adam a.s mendapat pangkat) dan menyebabkan Qabil membunuh Habil (dengki krn Habil mendapat isteri yang lebih cantik). Berhati2 dgn penyakit ini kerana ianya akan menghapuskan segala kebajikan yg kita kerjakan.


Keterangan :

1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 6 ayat.
2)Makna An-Naas = Manusia
3)Tujuan diturunkan = Surah Al-Falaq menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya yg zahir, tapi surah ini menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya batin (perasaan ragu2 dan sangkaan buruk) yang datangnya dari makhlk yg tdk kelihatan (syaitan atau jin) dan dari tipu daya manusia. Perasaan dan ingatan yg buruk itulah yg akan merosakkan i'tiqad kepercayaan, amal ibadah dan segala amalan hidup.
4)Ayat keempat bermaksud "dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam."
Keterangan : Yang "timbul" menjalankan bisikannya dan hasutannya apabila manusia lalai drpd mengingati perintah Allah dan hukum agama, dan "tenggelam" mengundurkan dirinya apabila seseorang ingt kpd Allah dan memikirkan balasan buruk yang disediakan Allah bg org yg melakukan kejahatan yg dibisikkan itu.

Sumber : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Kepada Pengertian Al-Quran). ms1744-1751.
http://abubasyer.blogspot.com/2013/03/tafsir-surah-al-ikhlas-ayat-1-4.html

Thursday, July 18, 2013

Hebatnya Surah Al-Ikhlas! :)

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLASH

sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda:


”Demi Allah yang jiwaku di Genggamann-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD

itu tertulis di sayap malaikat Jibraila.s,
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada, sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.”.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) isra’ ke langit,
saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaankami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuan.”.

Riwayat Anas bin Malik juga merekam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal.

Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70.000 malaikat itu diutus hanya karena almarhum sering membaca surat ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabiuntuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya danpara malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (HR Qurthuby).

SubhanAllah....
Semoga kita bisa mengamalkannya setiap waktu saudaraku.





Sumber : https://www.facebook.com/pages/Dahsyatnya-Bangun-Pagi-Tahajud-Subuh-dan-Dhuha/507751389268034?directed_target_id=0

Saturday, April 20, 2013

Ingatlah pada TuhanMu :)

Allah Lebih Tahu Apa Yang Kamu Tahu

Sekiranya Dia Mengambil Sesuatu Yang Kamu Sayangi,

Percayalah Dia Telah Mempersiapkan Sesuatu Yang Jauh Lebih Baik Untuk Mu Sayang :))

Percaya pada Dia.. Kamu Akan Ok :)

Friday, April 19, 2013

Thursday, October 18, 2012

Wednesday, August 8, 2012

Muhammad SAW.. Selawat ke atas baginda !

IbnuRijal: Terlalu Istimewa.......: assalamualaikum wbt.. apa khabar saudara saudari sekalian? IbnuRijal doakan agar kita semua sentiasa sihat disamping rahmat Ilahi.. esok har...